Hari pertama menjalani latihan industri di Creative Design House (CDH) bertempat didalam Universiti Sains Malaysia . Saya diberi taklimat tentang latar belakang CDH, penerangan tentang peranan, tanggungjawab, rangkaian dan hubungkait CDH dengan USM. Seterusnya saya dibawa meneroka ruang dalam CDH dan berkenalan dengan staff-staff.
Tugasan pertama saya di sini ialah saya perlu mengenali USM dan CDH. Saya juga telah melampirkan tugasan yang diberi kepada saya oleh encik saiful. Tugas yang diberi perlu di bentangkan pada akhir Latihan amali.
Saya juga diberikan tugasan yang pertama, iaitu menghasilkan satu poster Karnival Pendidikan Tinggi Negara.